Total Pageviews

Friday 11 May 2012

bila waktu telah berakhir..


 bagaimana kah bila saatnya, waktu terhenti tak kau sedari ?
 masihkah ada, jalan bagimu untuk kembali mengulangkan masa lalu ? 
dunia ni cuma sementara.
semua tau hakikat ni, tapi bukan semua faham.
kita semua tau,
dunia ni tak kekal pun, tapi dunia ni la juga yang selalu kita kejar.
kita semua tau jugak,
akhirat sana yg kekal selamanya, tapi akhirat tu la yang kita selalu lupa.

bila waktu telah berakhir, teman sejati hanya lah amal..
siapa boleh jamin dia masih akan bernafas esok?
masih lagi hidup di dunia ni sejam dari sekarang?
takda sapa.. mati tu bila-bila masa saja.
tapi kita selalu tertipu, rasa macam lambat lagi akan mati.
padahal, malaikat maut datang jenguk kita 70 kali sehari.
lalu, macam mana dengan amalan kita..
cukup ke sekadar solat, puasa, zakat, haji saja untuk kita bawa sebagai bekalan?
sedangkan amalan kita selama ini pun belum tentu diterima Allah..

lalu dengan apa kita akan masuk ke syurga Allah ?
amalan apa yang akan menyelamatkan kita dari neraka yg maha hebat siksaan nya?

kalau kita nak meninggal dalam keadaan muslim,
jadi kita perlu hidup sebagai seorang Islam 24 jam sehari.
kerana mati itu pasti berlaku, bila-bila masa saja.

sahabat-sahabat,
mari la kita ubah diri kita.
berubah sedikit demi sedikit.
cuba kita amalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita.
takda istilah tak layak untuk jadi muslim yang sejati,
syurga Allah untuk semua,
bukan untuk golongan ustaz, ustazah saja. ^^

berubah menjadi lebih baik, bukan la satu dosa. :)
ayuh sahabat,
kita berubah sebelum ajal datang menjemput kita.
pesanan untuk diri sendiri juga, insyaAllah..
semoga Allah pelihara kita semua selalu,
sampai waktu ajal kita tiba.. amiin.

-doakan sahabat baik saya yang telah pulang menghadap Allah..
 doakan juga ibu sahabat saya yg telah meninggal dunia minggu ini..
 semoga dosa-dosanya diampunkan..
 al-fatihah.. 



No comments:

Post a Comment